Lelaki ni biasenye tentunye banyak misteri yang orang pempuan ni nak rungkaikan.
Ok kat sini ade beberapa rahsia untuk korang tahu dari cara si dia makan..
kadang-kadang insan tersayang iaitu couple atau pasangan hidup kita ni pening pikir pasal orang lelaki punya personaliti yang susah nak paham..
Jadi sekarang lepas korang bace ni boleh la gak di gunapakai sikit-sikit. Pape pun tiap lelaki ade kelebihan dan kekurangan masing-masing..
Makan dengan tenang
Orang lelaki jenis ni menyuap makanan dengan berhati-hati. Tapi kadang2 perangai macam ni buat pasangannya ade la sikit bosan. Mane tak nya dia nampak macam lebih minat kat makanan tu dari aweks yang duduk kat depan dia..
Namun di sebalik sikap dingin dia tu megambarkan yang dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan. Tak perlu risau tentang kesetiaanya sebab pasangannya sentiasa berada di hatinya..
Makan sambil membelek makanan
jenis ni makan dengan teliti.. Contohnye la kalau makan ikan, tulang-tulang ikan tu di susun cantik je kat pinggan dia.. Tapi bukan lelaki yang suke makan ikan je tau, ni kira ape saje yang dia makan sisanya tersusun elok kat pinggan dia..
Jangan risau sebab lelaki jenis ni sangat prihatin dengan setiap ape yang di lakukan.. Selain tu gak dia seorang yang serius dalam hubungan cinta..
Makan dengan serius
Lelaki jenis ni cara dia makan biasa je.. Tak terlau cepat dan tak terlalu lambat tapi kadang-kadang dia akan berbual juga tapi tak la kerap sangat nak berbual..
Ini bermakna pasangan di depan dia tu masih wujud dan dia sedar akan kewujudan kamu..hehe..
Namun masa dia menguyah makanan ada kalanya mata dia asik merenung kepada kamu sampai korang jadi makin segan lak di buatnya..
Kalau nak tau ini menunjukkan dia teramat sayang kepada pasangannya dan tak mau korang hilang dalam sesaat pun dari pandangan dia..
Perangai macam ni jelas menunjukkan di menjadi seorang pelindung pada pasangannya..
Makan sambil berbual
Lelaki jenis ni seronok sangat berbual dengan pasangannya sampai makanan kat pinggan dia pun macam tak luak je..Itu mengambarkan dia seorang yang periang dan sukar marah..Selain tu dia jenis yang suka berterus terang sebab bagi dia itu adalah perkara penting untuk memastikan sesuatu perhubugan itu berjaya..Tapi orang pempuan kena ingat orang jenis ni jangan kalau boleh buat dia marah..Kalau tak nanti habis hangin satu badan..masak la korang...
Makan sambil tengok jam
Lelaki jenis ni biasa la selalu nak cepat walaupun masih banyak masa bersama..Walaupun tak ada apa nak di kejarkan sebenarnya..Tapi orang pempuan ni jangan salah paham lak..Dia bukan ade date lain pun, cuma perangai memang macam tu..Ini menunjukkan yang dia sebenarnya amat menitik beratkan soal masa..
Makan sambil merungut
Lelaki ni jenis ade je yang tak kena, semua nak complen, makan tak sedap lah, kurang masin la, eh! senang kata banyak songel la..Kalau di layan sakit lak hati kite ni..Lelaki jenis ni kalau korang nak tau dia adalah seorang jenis yang suka berterus terang...
Yela ape tak kalau dah ape yang dia tak puas hati semua nak di luahkan walaupun naik rimas nak dengar..
Tapi disebalik perangai dia yang macam tu ia menunjukkan yang si dia teramat mengambil berat terhadap pasangannya..
Tapi kena ingat yang dia ni kuat cemburu..Sebagai orang pempuan jangan nak cube usha mamat jambu len lak ye..hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan