Ada gak lelaki zaman sekarang tak tau cara menjaga kulit dengan betul dan sesuai.. Padahal kulit muka lelaki ni tak la susah sangat nak jaga asalkan ikut cara yang betul dan langkah yang tepat (silap langkah terbongkang..hahaa)..
Kali ni aku nak bagitau korang sikit la dari apa yang aku penah baca.. Kira bagi refresh balik la..
Ok ni adalah langkah-langkah yang sesuai untuk korang (LELAKI) cuba..
1) SKRUB DUA KALI SEMINGGU
Beza kulit lelaki dengan perempuan ni ialah pembukaan liang roma kulit.. Kulit lelaki ni kasar sikit dari kulit orang pempuan ni.. Kalau korang nak tahu proses macam pengelupasan selalu jadi kat lelaki.. Proses skrub ni kira membantu,kira macam mengkikis kulit mati kat muka korang la.. Tentu ramai tak tau sel kulit mati ni kalau biarkan lama-lama akan buatkan kulit muke berjerawat,silap haribulan jerawat batu korang dapat.. Selain tu korang boleh juga cuba cara kampung sebab korang boleh jimat sikit.. Nak tau tak caranya?
Senang je, caranya hancurkan butiran beras pulut dan lumurkan kat kulit muka korang.. hati-hati jangan letak kat biji mata dan sumbat dalam lubang hidung lak.. kalau wat korang tanggung la sendiri..
2) ELAK GUNAKAN PRODUK PEREMPUAN
Produk yang ada kat pasaran sekarang selalu beritahu melalui beberapa rangkaian iaitu produk bersifat "unisex"..(kepala jangan pikir benda lain lak..hehe).. Produk ini dimana kalau beli boleh menjimat kan penggunaan bagi yang berkeluarga sebab korang boleh kongsi-kongsi pakai (pakai ramai tapi beli tetap sorang).. Tetapi adakah korang sedar yang penjagaan kulit lelaki dengan perempuan ni berbeza.. Orang lelaki ni kena pakai produk yang lebih kasar iaitu lebih kuat sikit dari produk orang perempuan.. Kalau korang pakai jugak produk khas untuk orang perempuan nanti akan ada tindak balas kat muka yang buatkan muka nampak tua.. Nak selamat beli je produk penjagaan kulit muka untuk lelaki je..
3) MASKER
Macam-macam cara nak bagi muka nampak berseri.. Belai muka korang dengan masker pun penting bagi pastikan minyak kat muka tu kurang sikit.. Mungkin ramai yang tak tau cara yang betul untuk pakai masker ni.. Mula-mula bersihkan dan stim permukaan wajah selama 10 minit.. Tujuannya untuk buka liang roma dan menanggalkan kotoran kat muka.. Lepas muka dibersihkan,sapukan masker kat muka dan biarkan selama 10 minit.. Cara macam ni tak payah buat selalu cukup dalam sebulan sekali je.. Orang lelaki ni kena la rajin kan gak sapukan masker kat wajah sebab lepas tu korang akan rasa cukup segar dan menenagkan.. Kepada lelaki yang tercari-cari masker yang sesuai dengan kulit korang cari lah produk yang tak mengandungi banyak bahan kimia sebab benda tu boleh rosakkan kulit wajah korang.. Untuk cara kampung lak adunkan putih telur dan tepung beras sampai sebati pastu sapu rata kat seluruh muka korang..
4) URUTAN DAHI
tempat dahi ni orang cakap cepat mengalami masalah kedutan.. Sebahagian remaja korang boleh atasi masalah ni dengan mengamalkan urutan dahi ni.. Biasanya dahi lelaki ni terdapat lebih kurang dalam 30% urat saraf yang sedikit sebanyak merangsangkan tindak balas tertentu kat muka.. Jadi selalulah korang amalkan urutan dahi ni bagi mengelak dahi berkedut.. Caranya senang je nak buat, korang boleh buat sebelum tidur dengan lebih berkesan ialah dengan penggunaan bahan yang berunsur minyak macam "oil face" sangatlah membantu korang dalam proses urutan dahi ni.. Selain tu macam pelembab boleh juga digunakan masa mengurut ni supaya wajah korang nampak sehat dan berseri.. Tak la nampak lesu je..
5)PENYEGAR WAJAH
Mungkin ramai lelaki tak biasa pakai produk penyegar muka.. Fungsi penyegar ni ialah untuk macam biasa lah dia beri kebersihan pada muka dan dalam masa yang sama menyegarkan kulit wajah.. Kat pasaran sekarang ni banyak dah produk dan macam-macam jenis ada khas untuk kulit muka lelaki.. Ada beberapa langkah nak kena ambil tak boleh main langgar je.. Caranya, mula-mula ambil kapas letak produk penyegar dan sapu di wajah korang.. Tau tak kenapa nak kena guna kapas?.. Senang je..hehe.. Produk tu kan mahal, jadi kalau guna kapas mase sapu kat muka taklah membazir dari korang pakai tangan..
Kalau boleh korang setia la pada satu produk yang sentiasa mampu untuk membeli jika stok dah habis..
![]() |
muke je tua jiwa tetap muda..hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan