Dalam dunia hiburan ada band yang berjaya menjual muziknye, Tapi dalam zaman youtube ada satu band yang juga dikenali sebagai OK GO berbeza dari beliau..
OK GO ni pula kira berjaya menjual video muzik dieorang secara viral..So babai la MTV nampaknya..hehe
Tetapi urusannya tetap sama dengan band lain..Kebiasaannya peminat-peminat sesuatu band nak harapkan muzik yang tinggi dari sesebuah band..Kira dilema yang same di hadapi oleh OK GO sebab peminat sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi dan juga bagi impak cara dieorang melalui video yang di hasilkan..
Sebagai contoh contoh satu video yang berstatus legenda ialah "here it goes again"..
Video muzik ni populer dengan aksi band ni wat koreografi kat mesin pejalan kaki mengikut muzik yang dimainkan, Memang kreatif la dieorang ni..Untuk pengatahuan korang video ni di buat sekali jalan, Kira takde "start, pause, play"..Sekali harung la dengan satu posisi kemera..
video ni dirakam secara live, Dieorang mesti mengelak dari melakukan kesilapan (kalau silap sikit kena buat dari mula woo)..Yang bestnya dieorang tak gunakan sikit pun kesan khas masa buat video ni..
Dengan belanja yang murah dan tampa bantuan syarikat rakaman, mereka hasilkan sendiri video ni dan terus hantar kat laman web YOUTUBE..
Tampa di sangka video yang dikira COOL ni begitu banyak di kongsikan melalui bermacam laman blog peribadi (termasuk la aku..hehe)..
Bila video ni mendapat hit sampai satu juta dengan cepat sekali dan video ni mula jadi fenomena sampai la sekarang.."Here it goes again" dah lebih 200 juta viewers dan angka ni tiap hari makin naik..
Konsep bajet murah yang di hasilkan oleh OKGO yang ini sebenarnya di hasilkan setahun sebelum video muzik "a milion ways"..Apabila pada tahun 2005, mereka merakam video muzik tu kat belakang rumah vokalisnya (DAMIAN KULASH) dan dirakam oleh adik beliau sendiri TRISH SIE..
Gerak vokal lak (secara lip-sync) dilakukan oleh pemain bass TIM NORDWIND dan bukannya vokalis beliau..Asalnya "a milion ways" tak dirancang untuk dirilis sebagai sebuah muzik video yang formal dan hanya untuk di kongsikan pada kawan-kawan band sampailah di siarkan secara rasmi di saluran music fuse pada 18 ogos 2005
Dengan berjayanya kongsep viral ni OK GO telah mengadakan satu peraduan di youtube iaitu "the OK GO dances with you(tube) contest"..Dimana pelayar web boleh menghantar video muzik mereka menggunakna lagu OK GO tapi dengan tarian koreografi sendiri..
Pemenang bertuah berpeluang menunjukkan aksi tarian mereka secara live di mana-mana konsert OK GO..Kompilasi video muzik yang dihantar melalui peraduan ini pula kemudian disertakan di dalam DVD edisi deluxe oh no..
Selepas muzik video "here it goes again" dah berjaya OK GO mula merangka konsep viral secara besar-besaran pada video muzik beliau yang lain-lain..Setiap kali keluar album baru video muzik dieorang mesti menjadi agenda..
Bagaimanapun bila syarikat rakaman dieorang EMI mula tak bagi keizinan supaya muzik video OK GO di kongsikan di laman-laman blog "here it goes again" mula menunjukkan penurunan viewers sebanyak 90% daripada 10.000 viewers sehari kepada 1.000 viewers je..
korang konpius kan?..Kalau nak tau ini lah bisnes muzik..
Video pertama dari album yang baru dieorang "this too shall pass" menyaksikan dieorang ni buat sesuatu yang lebih gempak..Di lancarkan dengan dua versi berbeza..Versi awalnya yang di arahkan oleh BRIAN L.PERKINS menampilkan kumpulan pancaragam (marching band) yang tiba-tiba muncul ala askar berpakaian camouflage 'ghillie suit'..
Lagu ni juga di mainkan secara live iaitu dalam bahasa melayunya "sekali jalan je"..Tak de rakaman studio langsung
Ok korang tau tak ape tu rube goldberg?..kalau korang nak tau rube goldberg ialah salah satu kejuruteraan untuk memudahkan sesuatu kerja tapi mekanisme yang kompleks..
Konsep yang sama juga digunakan untuk hasilkan video muzik kedua..Di arahkan oleh JAMES FROST, sama gak dengan konsep video "here it goes again"..Ianya adalah rakaman live..
Kalau satu je kesilapan kecil berlaku pada mesin dieorang ni mesti susah nak mula dari mula..
Mesin ni di bina dengan skala 2 buah gudang dan dalam lebih 700 objek penggunaan di rumah di gunakan..
Lain-lain video gempak dieorang
"Do what you want", Tiada aksi tarian tetapi OK GO menjadi band yang camouflage bila membawakan lagu dieorang sambil mengenakan baju yang sama dengan corak latar belakang..
Kalau korang nak tau masa karpet merah di majlis anugerah grammy dieorang gunakan baju yang sama dalam video klip ni
"End love" sebuah lagi video muzik viral dengan konsep ringkas di mana dieorang ni pakai baju macam nak bersenam kat taman dengan warna berbeza tiap sorang..Aksi tarian kali ini ditampilkan dengan seekor anggsa berkeliaran
"White knuckle" masih konsep yang sama tapi kali ni dieorang guna beberapa prop dari IKEA..Kali ni OK GO buat sesuatu yang berbeza lak iaitu menjadi mesin untuk beberapa ekor anjing terlatih dan sekor kambing..(aduhai macam-macam)..
Dalam masa satu hari sahaja video ni dah mendapat lebih sejuta viewers..
"Last leaf" video super kreatif ni menampilkan animasi lukisan tangan oleh GEOFF McFETRIDGE pada sekeping roti dimana setiap 15 keping foto digerakkan secara animasi setiap saat!..susah tu nak buat..
Dan banyak lagi video OK GO yang super kreatif ni..Banyak dari idea dieorang ni kita boleh manipulasi untuk industri kat malaysia ni kn...
Kan bagus kalau kat malaysia ni ada band yang sanggup buat macam ni..Ade ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan