Cari Blog Ini

Rabu, 5 Disember 2012

TERLUPA PASSWORD

  Aku dah lama tak check email aku kat yahoo mail..sebab macam2 password dah aku try tapi satu pun tak menjadi..Sampai waktu untuk mencuba lagi pun abis..nak mintak tolong kat yahoo tapi satu hape pun aku tak paham arahan die..

  so ape org antar email kat aku tak dapat la aku nak bace...Adui tol la..
lama aku guna alamat email tu sejak dari bermulanya aku guna facebook..sampai soalan safety pun aku tak dapat jawab..Camne la aku nak wat ni ek...

Jumaat, 9 November 2012

VIDEO GILA-GILA SEBUAH BAND- OK GO

        
      Dalam dunia hiburan ada band yang berjaya menjual muziknye, Tapi dalam zaman youtube ada satu band yang juga dikenali sebagai OK GO berbeza dari beliau..

  OK GO ni pula kira berjaya menjual video muzik dieorang secara viral..So babai la MTV nampaknya..hehe

   Tetapi urusannya tetap sama dengan band lain..Kebiasaannya peminat-peminat sesuatu band nak harapkan muzik yang tinggi dari sesebuah band..Kira dilema yang same di hadapi oleh OK GO sebab peminat sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih tinggi dan juga bagi impak cara dieorang melalui video yang di hasilkan..

  Sebagai contoh contoh satu video yang berstatus legenda ialah "here it goes again"..
  Video muzik ni populer dengan  aksi band ni wat koreografi kat mesin pejalan kaki mengikut muzik yang dimainkan, Memang kreatif la dieorang ni..Untuk pengatahuan korang video ni di buat sekali jalan, Kira takde "start, pause, play"..Sekali harung la dengan satu posisi kemera..
  video ni dirakam secara live, Dieorang mesti mengelak dari melakukan kesilapan (kalau silap sikit kena buat dari mula woo)..Yang bestnya dieorang tak gunakan sikit pun kesan khas masa buat video ni..


 Dengan belanja yang murah dan tampa bantuan syarikat rakaman, mereka hasilkan sendiri video ni dan terus hantar kat laman web YOUTUBE..
  Tampa di sangka video yang dikira COOL ni begitu banyak di kongsikan melalui bermacam laman blog peribadi (termasuk la aku..hehe)..
  Bila video ni mendapat hit sampai satu juta dengan cepat sekali dan video ni mula jadi fenomena sampai la sekarang.."Here it goes again" dah lebih 200 juta viewers dan angka ni tiap hari makin naik..

   Konsep bajet murah yang di hasilkan oleh OKGO yang ini sebenarnya di hasilkan setahun sebelum video muzik "a milion ways"..Apabila pada tahun 2005, mereka merakam video muzik tu kat belakang rumah vokalisnya (DAMIAN KULASH) dan dirakam oleh adik beliau sendiri TRISH SIE..
  Gerak vokal lak (secara lip-sync) dilakukan oleh pemain bass TIM NORDWIND dan bukannya vokalis beliau..Asalnya "a milion ways" tak dirancang untuk dirilis sebagai sebuah muzik video yang formal dan hanya untuk di kongsikan pada kawan-kawan band sampailah di siarkan secara rasmi di saluran music fuse pada 18 ogos 2005

 Dengan berjayanya  kongsep viral ni OK GO telah mengadakan satu peraduan di youtube iaitu "the OK GO dances with you(tube) contest"..Dimana pelayar web boleh menghantar video muzik mereka menggunakna lagu OK GO tapi dengan tarian koreografi sendiri..

   Pemenang bertuah berpeluang menunjukkan aksi tarian mereka secara live  di mana-mana konsert OK GO..Kompilasi video muzik yang dihantar melalui peraduan ini  pula kemudian disertakan di dalam DVD edisi deluxe oh no..

 Selepas muzik video "here it goes again" dah berjaya OK GO mula merangka konsep viral secara besar-besaran pada video muzik beliau yang lain-lain..Setiap kali keluar album baru video muzik dieorang mesti menjadi agenda..
  Bagaimanapun bila syarikat rakaman dieorang EMI mula tak bagi keizinan supaya muzik video OK GO di kongsikan di laman-laman blog "here it goes again" mula menunjukkan penurunan viewers sebanyak 90% daripada 10.000 viewers sehari kepada 1.000 viewers je..
  korang konpius kan?..Kalau nak tau ini lah bisnes muzik..

   Video pertama dari album yang baru dieorang "this too shall pass" menyaksikan dieorang ni buat sesuatu yang lebih gempak..Di lancarkan dengan dua versi berbeza..Versi awalnya yang di arahkan oleh BRIAN L.PERKINS menampilkan kumpulan pancaragam (marching band) yang tiba-tiba muncul ala askar berpakaian camouflage 'ghillie suit'..
   Lagu ni juga di mainkan secara live iaitu dalam bahasa melayunya "sekali jalan je"..Tak de rakaman studio langsung

   Apabila album "of the blue colour of the sky" keluar, video keduanya di lancarkan dengan menampilkan sebuah mesin RUBE GOLDBERG gergasi..
  Ok korang tau tak ape tu rube goldberg?..kalau korang nak tau rube goldberg ialah salah satu kejuruteraan untuk memudahkan sesuatu kerja tapi mekanisme yang kompleks..

   Konsep yang sama juga digunakan untuk hasilkan video muzik kedua..Di arahkan oleh JAMES FROST, sama gak dengan konsep video "here it goes again"..Ianya adalah rakaman live..
  Kalau satu je kesilapan kecil berlaku pada mesin dieorang ni mesti susah nak mula dari mula..

   Mesin ni di bina dengan skala 2 buah gudang dan dalam lebih 700 objek penggunaan di rumah di gunakan..



Lain-lain video gempak dieorang
    

   "Do what you want", Tiada aksi tarian tetapi OK GO menjadi band yang camouflage bila membawakan lagu dieorang sambil mengenakan baju yang sama dengan corak latar belakang..
  Kalau korang nak tau masa karpet merah di majlis anugerah grammy dieorang gunakan baju yang sama dalam video klip ni


 










  "End love" sebuah lagi video muzik viral dengan konsep ringkas di mana dieorang ni pakai baju macam nak bersenam kat taman dengan warna berbeza tiap sorang..Aksi tarian kali ini ditampilkan dengan seekor anggsa berkeliaran

  "White knuckle" masih konsep yang sama tapi kali ni dieorang guna beberapa prop dari IKEA..Kali ni OK GO buat sesuatu yang berbeza lak iaitu menjadi mesin untuk beberapa ekor anjing terlatih dan sekor kambing..(aduhai macam-macam)..

  Dalam masa satu hari sahaja video ni dah mendapat lebih sejuta viewers..

"Last leaf" video super kreatif ni menampilkan animasi lukisan tangan oleh GEOFF McFETRIDGE pada sekeping roti dimana setiap 15 keping foto digerakkan secara animasi setiap saat!..susah tu nak buat..



      Dan banyak lagi video OK GO yang super kreatif ni..Banyak dari idea dieorang  ni kita boleh manipulasi untuk industri kat malaysia ni kn...
 Kan bagus kalau kat malaysia ni ada band yang sanggup buat macam ni..Ade ke?

Khamis, 8 November 2012

ARNAB KECIL YANG COMEL

    

Siapa suka arnab?...Aku kat kampung ade beberapa ekor arnab kecil yang sangat comel







Korang tau tak anak sedara aku yang sorang ni sayang sangat kat arnab2 kecil die tu..sampai arnab tu pun dah kenal siapa tuan die....

TUDUNG KALIS AIR ELAK DEMAM

   Biase bila kena hujan kita akan rasa macam nak demam kan?..Kat sini ada seorang kawan aku bagi idea cara pemakaian tudung yang selamat, murah, mudah dan tahan lasak..

  Kata beliau tiap kali kepala terdedah kat air hujan je mesti rase macam nak ambik cuti MC sok..Macam-macam cara kebanyakkan orang cuba untuk tak demam bila kena hujan kan?..

Ok gambar kat bawah ini menerangkan cara pemakaian tudung yang mudah dan evolusi tudung baru bermula...
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

tudung kalis air
  Jeng,jeng,jeng...Ini lah cara yang aku cerita kat korang tadi..Ringkas je kan?..hehehe
      Pakai plastik sampah yang hitam tu je sebenarnya...heeeee

MENARIK: korang akan lapar bila tengok

       Kat sini ada nak cerita sikit pasal makanan ni

 Berkenaan post pasal makanan sebelum ni pasal makanan dan kali ni aku akan bagi korang lagi lapar..hehe
   Kite mulakan dengan bekpes pagi aku.. Makan kat piza hut tau pagi2 (kadang-kadang je la)..hehe

   Bila bawak budak-budak pergi makan kat pizza hut bukan main suke sangat..tapi posing cam lemah je kan?.. ha jangan tak percaya lak yang budak kecik ni dah telan 3 potong pizza sebenarnye..

   Makan sampai tak lalu nak telan dah..pizza kan jenis roti, jadi bile dah makan pizza kembang dalam perut dan last sekali ialah MUAK...

   Saje je taknak tunjuk laksa tu sebab terlalu sedap sehingga tak bagi orang lain walaupun hanya tangkap gambar..

    Walau macam mana pun masakkan kat luar tu sedap2 tapi tetap tak boleh lawan masakan mak..memang betul2 kaw punyer!..

    Ni adalah makanan kegemaran aku "asam pedas ikan sembilang mak epet" (mak aku)..Selama ni kat luar aku tak penah jumpa lagi asam pedas ikan sembilang macam mak aku masak..Sekali korang makan memang terus gian punye la..

    Siapa penah makan nasi ambang yang masih panas kat kedai?..Nasi ambang ni aku memang tak boleh lupe, yela sebab di hidangkan panas2 dan rasanya memang....perghhh!!! sedap uuhhh!!!...

   Nasi goreng kampung adalah bile dok kedai makan taktau nak order yang pelik2 terus la aku order makanan yang selalu sangat aku order iaitu "nasi goreng kampung"..Tapi memang sedap kalau kena tengah lapar ni..

   Makan pizza la..Disebabkan aku kerja menjaga pizza hut store jadi boleh la dengan sesuka-suki mengoder ape pizza yang aku nak..hehe

   Termasuk la pizza keluaran terbaru dengan alasan "testing pizza baru camne peginye"...Tapi selalu makan pun tak boleh gak..Yela asik mintak free je mane boleh der..kopak la beliau..

    Nasi campur daging nipis masak kicap memang...perghhh!!!...sampai licin pun tak rugi langsung la..

   Mee rebus ni aku kena masa tengah musim hujan..Dia punye nikmat mase makan tengah hujan memang menangkap betul la..Sampai kerusuk nikmat mee rebus ni...

   Sarapan pagi bubur ayam KFC yang aku cipta sendiri....hehe (memandai je campur macam2 sos)..tapi menikmatinya di pagi hari yang tenang memang syokk~~...

   Macam biase le, jangan jeles..haaaha.. Mase tengah panas2 bile kite tarik pizza ni dia punya keju yang still panas tu memang best kalau dimakan dengan sos cili..

   Last sekali makanan nasi campur aku yang sempoi..sayur kacang dengan ikan asam pedas tapi kuah kari..hehe
  Biase la bila kita makan kat kedai lauknye lain kuahnye lain tapi kira tetap sama....hehe


    Buat masa ni cukuplah sekadar sikit-sikit dulu..Sebenarnya banyak lagi pic makanan nak tunjuk..Nanti korang menggigil lak tahan lapor...huhu

CARA-CARA NAK MAKAN PERCUMA


....CARA-CARANYA KALAU NAK CUBA....


 Mesti antare korang nie penah merasa lapo tapi takde duit nak makan kan??HOHO..Same lar cam aku gak,kadang2 terpakse ikat perut dan buat2 tido tok elakkan rase lapo..Sekarang aku tak risau lagi da,,aku ada beberapa PETUA yang da aku praktikkan sebelum nie...Menjadi Woo..Tak percaya cuba lar...

PETUA 1 :
**Cara camni dah biasa orang buat tapi masih lagi praktikal untuk diteruskan iaitu bubuh lipas@lalat dalam nasi@makanan yang korang order..(tapi makan la dulu pai korang kenyang)...HOhoho...

PETUA 2:
**Setelah makanan yang korang order sampai,makanlah kenyang2..pastu ape lagi,buat2 lar pengsan @ sakit sawan...Bagi efect sikit baru nampak REAL...Kompom Taukeh kedai tak sampai ati nak amek duit dari korang lagi2 kalau korang wat cam kne sawan,,bile pelanggan lain da LOYA semestinye korang kena halau keluar..Dah keluar tue paham2 jela..HE3...

PETUA 3:
**Makan puas2 pastu tunjuk kat taukeh kedai tu tah sape2 pelanggan lain yang akan bayarkan untuk korang..bila taukeh toleh je,korang cabut lari la sekuat hati..(Jangan sampai tertangkap da la,,abiz terburai perut tue kena belasah kang)

PETUA 4:
**Lepas makan Otomatik korang basuh pinggan yang korang makan tu..Lebih bagus kalau korang kemas sekali pinggan orang lain dan kedai tu skali..Taukeh pon secara Otomatik faham knape korang buat camtu...

PETUA 5:
**Korang ngorat la anak taukeh kedai makan tue..Bila da syok kat korang KOMPOM hari2 korang boleh makan FREE..(Lagi berkesan kalau korang ngorat Taukeh nye..puji lar lebih2 sikit bagi terangkat)

PETUA 6:
**Masa nak bayar buat2 la cam dompet korang tertinggal dan buat muke seposen mintak tangguh bayar..Esok buat taktik yang sama @ taktik2 lain yang korang tahu..Kut2 korang lagi expert agaknye...


SELAMAT MENCUBA!!!!!!!


   Tapi kalau dah melantak banyak rase-rase nak buat tak?








Kalau dah macam ni punye banyak pun boleh abis maknanya memang dah tak pikir apa dah...

Selasa, 6 November 2012

FAKTA MENARIK BILA LELAKI KETAWA


MENGENALI KAREKTER LELAKI DARI CARANYA KETAWA.

TAK ramai yang tahu bahawa cara seyum dan ketawa melambangkan karekter seseorang..So,aku nak SHARE sikit beberapa FAKTA yang korang boleh baca dan nilai sendiri karekter kawan lelaki korang or Family korang sendiri..( Bagi perempuan cubalah perhatikan cara Boifren korang ketawa..tengok kot-kot ada yang tersangkut macam kat bawah nie )...


LELAKI YANG KEDEKUT 
***Ketawanya pendek-pendek,ringkas aje bunyiknye..

LELAKI YANG DERMAWAN
***Ketawa sambil menabur duit kepada orang..
      ( berjaga2 mungkin jenis camni suka membangga diri )  

LELAKI KURANG PERTIMBANGAN
***Ketawa yang tidak boleh berhenti sehingga terkencing dalam seluar..
       ( Kategori ini juga di anggap pengotor ) 

LELAKI PENGECUT
*** Langsung tidak berani mengeluarkan suara bila ketawa

LELAKI KURANG AJAR
***Orang bersedih tetapi dia boleh bantai ketawa berdekah-dekah...ini betol2 BIADAP

LELAKI LEMAH SEMANGAT
***Setiap kali pengsan mendengar ketawanya sendiri...


Lepas bace semua fakta ni mesti ada yang berhati2 ketawa sebab takot kantol ngan awex korang kan...Hope korang enjoy bace fakta ni..Fakta ni saje2 je aku tulis time aku boring..Jangan ada yang terasa hati da la ye..  

Kalau Semua Guna DUIT SYILING

 Kalau Semua Guna  DUIT SYILING..

  Tengah aku dok berangan pk nk wtpe,tibe2 aku terpandang duit syiling 5sen
   kat cabinet Tv uma aku ni,,cm tak de nilai je bile tgk duit tu letak sepah2.
   Skrg ni memang ramai yang tak tau nk hargai duit syiling.Ada pulak bile
   dapat belen syiling terus cakap " Keep the Chance "..Belagak betul orang  
   camni aku rase..kalau adik aku lar da lame kene ketuk kepalanya.. He3..
   Tibe2 otax aku terus ada idea nk tlis blog mlm ni..

   Kalau la semua dlm dunia ni takde duit kertas n terpaksa guna duit 
   syiling mcmane la agaknye yer... Aku rasa lar MESTI.....


   #Semua orang gi Shopping akan dtg bw berguni2 beg...
   #Poket seluar dah konfem rabak akibat terlalu berat bawa syiling
   #Semestinya Fesyen untuk seluar bertukar kepada poket Besi..
   #Takde lagi orang nak simpan duit bwh bantal @ bwh Carpet..Kalau da 
     bertimbun mcmne nk sorok lagi
   #Mesin ATM akan jadi macam mesin beli air tin tu rasenye
   #Perompak akan pikir 20x nak merompak jadi kadar jenayah gak brkurangan
   #Tak boleh nk menyorok sebab dari jauh dah dengar ada bunyik 
     syiling..he2..KANTOI


  Ish,,KALAU la semua ni btol2 terjadi,tak dapat aku bayangkan penatnye nak
  bawa semua duit syiling tu..kalau la time2 shoping tu tibe2 duit pulak tak 
  cukup tak ke naya camtu..SO pada korang2 yg tak tahu nk hargai duit syiling
  tu beringat2 lar yer..tak nak duit tu bagi jela kat aku ni..macam2 aku boleh 
  buat dengan duit syiling 5sen yang korang buang tu..Ok Chow dulu..

paling berharga masa pokai

    

    
     



Khamis, 1 November 2012

HARI-HARI AKU YANG SEMPIT

  Hari-hari yang aku lalui sekarang memang tak sama lagi macam dulu.. Dulu mase single rase sunyi, banyak masa lapang tapi tak ade benda nak buat.. Bila dah ade couple di hujung perkenalan baru nak buat blog.. Bila dah clash semua berkaitan yang sosial dah taknak sentuh..

 Sampai la cinta baru berputik barulah berminat nak update blog.. Tapi tetap tak ade mase nak update blog.. Yela bagi aku blog bukan penting pun.. Sampai la satu masa tibe-tibe ade mase lak nak update pastu malas balik nak update..adui tol la aku ni..

  Sejak selalu bila balik je kampung member semua kebanyakkan dah kawin.. Dan terus pasang niat nak mulakan hidup baru apelagi terus lincah cari cincin tunang dan barang-barang persiapan..

  Aku ni pun satu hal gak.. Yela dengan duit mase tu cukup-cukup makan dengan selamber je set tarikh nak masuk pinang anak orang.. Ape lagi lintang pukang tonggang terbalik pagi petang siang malam cari duit hanya untuk BERTUNANG  je..duit,duit,duit....

   Sekarang alhamdulilah dah bertunang pun aku lapang sekejap pale dah lepas majlis tunang... Tapi aku paling takut nak hadapi menuju ke pembinaan masjid aku sendiri... Mulakan kesibukan yang melampau nak cari duit kawin..

    Update blog?..  bile time malam-malam tak boleh tido ni la aku update.. Pada pukul 2am dan sok nak kerja bangun pukul 7.30am aku masih tak mengantuk.. Tunang aku dah jauh mimpi ke bulan, kalau aku sms pun belum tentu bangun..

  Ok la terpaksa gak aku tido dari tak tido langsung.. Selamat malam dan assalammualaikum...

CARA BERSIHKAN KULIT MUKA LELAKI

Lelaki zaman sekarang ni kena pandai jaga penampilan diri..masalah kebersihan muka korang pun kena pandai jaga dengan betul.. Yela nanti tak la nampak tak berapa yakin depan orang ramai..
  Ada gak lelaki zaman sekarang tak tau cara menjaga kulit dengan betul dan sesuai.. Padahal kulit muka lelaki ni tak la susah sangat nak jaga asalkan ikut cara yang betul dan langkah yang tepat (silap langkah terbongkang..hahaa)..
 Kali ni aku nak bagitau korang sikit la dari apa yang aku penah baca.. Kira bagi refresh balik la..
Ok ni adalah langkah-langkah yang sesuai untuk korang (LELAKI) cuba..


1) SKRUB DUA KALI SEMINGGU
  Beza kulit lelaki dengan perempuan ni ialah pembukaan liang roma kulit.. Kulit lelaki ni kasar sikit dari kulit orang pempuan ni.. Kalau korang nak tahu proses macam pengelupasan selalu jadi kat lelaki.. Proses skrub ni kira membantu,kira macam mengkikis kulit mati kat muka korang la.. Tentu ramai tak tau sel kulit mati ni kalau biarkan lama-lama akan buatkan kulit muke berjerawat,silap haribulan jerawat batu korang dapat.. Selain tu korang boleh juga cuba cara kampung sebab korang boleh jimat sikit.. Nak tau tak caranya?
 Senang je, caranya hancurkan butiran beras pulut dan lumurkan kat kulit muka korang.. hati-hati jangan letak kat biji mata dan sumbat dalam lubang hidung lak.. kalau wat korang tanggung la sendiri..

2) ELAK GUNAKAN PRODUK PEREMPUAN
   Produk yang ada kat pasaran sekarang selalu beritahu melalui beberapa rangkaian iaitu produk bersifat "unisex"..(kepala jangan pikir benda lain lak..hehe).. Produk ini dimana kalau beli boleh menjimat kan penggunaan bagi yang berkeluarga sebab korang boleh kongsi-kongsi pakai (pakai ramai tapi beli tetap sorang).. Tetapi adakah korang sedar yang penjagaan kulit lelaki dengan perempuan ni berbeza.. Orang lelaki ni kena pakai produk yang lebih kasar iaitu lebih kuat sikit dari produk orang perempuan.. Kalau korang pakai jugak produk khas untuk orang perempuan nanti akan ada tindak balas kat muka yang buatkan muka nampak tua.. Nak selamat beli je produk penjagaan kulit muka untuk lelaki je..

3) MASKER
  Macam-macam cara nak bagi muka nampak berseri.. Belai muka korang dengan masker pun penting bagi pastikan minyak kat muka tu kurang sikit.. Mungkin ramai yang tak tau cara yang betul untuk pakai masker ni.. Mula-mula bersihkan dan stim permukaan wajah selama 10 minit.. Tujuannya untuk buka liang roma dan menanggalkan kotoran kat muka.. Lepas muka dibersihkan,sapukan masker kat muka dan biarkan selama 10 minit.. Cara macam ni tak payah buat selalu cukup dalam sebulan sekali je.. Orang lelaki ni kena la rajin kan gak sapukan masker kat wajah sebab lepas tu korang akan rasa cukup segar dan menenagkan.. Kepada lelaki yang tercari-cari masker yang sesuai dengan kulit korang cari lah produk yang tak mengandungi banyak bahan kimia sebab benda tu boleh rosakkan kulit wajah korang.. Untuk cara kampung lak adunkan putih telur dan tepung beras sampai sebati pastu sapu rata kat seluruh muka korang..

4) URUTAN DAHI
  tempat dahi ni orang cakap cepat mengalami masalah kedutan.. Sebahagian remaja korang boleh atasi masalah ni dengan mengamalkan urutan dahi ni.. Biasanya dahi lelaki ni terdapat lebih kurang dalam 30% urat saraf yang sedikit sebanyak merangsangkan tindak balas tertentu kat muka.. Jadi selalulah korang amalkan urutan dahi ni bagi mengelak dahi berkedut.. Caranya senang je nak buat, korang boleh buat sebelum tidur dengan lebih berkesan ialah dengan penggunaan bahan yang berunsur minyak macam "oil face" sangatlah membantu korang dalam proses urutan dahi ni.. Selain tu macam pelembab boleh juga digunakan masa mengurut ni supaya wajah korang nampak sehat dan berseri.. Tak la nampak lesu je..

5)PENYEGAR WAJAH
  Mungkin ramai lelaki tak biasa pakai produk penyegar muka.. Fungsi penyegar ni ialah untuk macam biasa lah dia beri kebersihan pada muka dan dalam masa yang sama menyegarkan kulit wajah.. Kat pasaran sekarang ni banyak dah produk dan macam-macam jenis ada khas untuk kulit muka lelaki.. Ada beberapa langkah nak kena ambil tak boleh main langgar je.. Caranya, mula-mula ambil kapas letak produk penyegar dan sapu di wajah korang.. Tau tak kenapa nak kena guna kapas?.. Senang je..hehe.. Produk tu kan mahal, jadi kalau guna kapas mase sapu kat muka taklah membazir dari korang pakai tangan..

Kalau boleh korang setia la pada satu produk yang sentiasa mampu untuk membeli jika stok dah habis..

muke je tua jiwa tetap muda..hehe


PERHATIAN!!!! BERITA YANG AMAT2 PENTING UNTUK KITA SEMUA KETAHUI.....!!!!

PERHATIAN!!!!
BERITA YANG AMAT2 PENTING UNTUK KITA SEMUA KETAHUI.....!!!!

buka komputer/laptop anda
pda "Local Disk (c) , THEN "Program Files"
THEN
"Microsoft Office"
THEN "Media"
THEN
"CAGCAT10"'
...

cari gambar no "J0285926" dan klik.
Anda akn jmpa gambar Lambang/
Bendera ZIONIS,ISRAEL.lngkap (sama dngan wrna aslinya) dngan lilin (sarana ibadah
mereka).
DELETE pic itu!!

Utk pngtahuan anda ,

gmbar trsbut ada di sluruh PC dan LAPTOP.
Sbarkan kpd smua saudara islam!! CARI smpai
JUMPA!!
#copypaste#
try.. saya dah buat n dah buang pon mmg ada.. so please.
.



sila delete gambar ini dari com korang

Selasa, 30 Oktober 2012

kembali semula

Alhamdulilah..
Setelah sekian lama menyepikan blog aku akhirnya dia telah kembali bernyawa..bertapa gumbiranya diriku..
Bukan ape sejak bertunang pada 27oct2012 aku jadi sibuk..
Yela siang kerja dan malam pun kerja..nak cari duit kawin la katakan..
So tunggu je la update terbaru ye..hehe