Cari Blog Ini

Ahad, 10 April 2011

panduan menjaga kereta


saga facelift R3

BATERI
adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.
Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.

Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.

Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.

Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.

Antaranya, pindahkan bateri kenderaan anda dengan meletakkannya pada lapik plastik. Anda sewajarnya membersihkan bahagian luar bateri itu terlebih dahulu dengan bahan pencuci seperti sabun serbuk bagi menghilangkan tompokan berminyak dan gris.

Kemudian renggangkan sedikit bahagian retak itu menggunakan pisau sebelum memasukkan simen khas ke dalamnya bagi menampung kerosakan. Batrepair, iaitu simen khas boleh dibeli di kedai aksesori kereta. Anda perlu menunggu sehingga simen khas yang disapukan pada permukaan retak itu kering sebelum mengambil tindakan lanjut.

Selepas kerja membaiki keretakan itu selesai, anda bolehlah memasukkan cecair asid ke dalam lubang disediakan pada paras ditentukan.

Bagaimanapun, anda disyorkan membawa bateri yang dibaiki itu ke bengkel kereta untuk ujian daya kuasa menggunakan alat pengecas khas. Sesetengah bateri yang baru dibaiki boleh dipulihkan kuasa elektriknya ketika enjin kereta dihidupkan.

Perlu diingat, jika terlalu lama mengecas bateri, ia boleh merosakkan bahagian kepingan plumbum. Keretakan plumbum akan menyebabkan daya kuasa bateri menjadi berkurangan sekali gus bateri kenderaan anda terpaksa ditukar.

Bagaimanapun, sesetengah kereta memerlukan alat pengecas khas yang mungkin mengambil masa kira-kira sejam sebelum boleh digunakan.

Pastikan selaput asid yang melekat pada terminal negatif dan positif bateri dibersihkan dari semasa ke semasa sebagai langkah kuasa bateri bertahan lama.

Cara mudah menghapuskan selaput asid itu ialah dengan menuangkan air panas di kedua-dua terminal itu.

Bagaimanapun, anda perlu berhati-hati ketika menuangkan air panas ke bahagian terminal itu agar tidak terkena pada komponen lain. Kesan sampingan jika selaput asid memenuhi terminal ialah akan menyebabkan arus elektrik tidak sampai ke beberapa komponen yang memerlukan.

PANDUAN ASAP PADA EXZOS
LAZIMNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator.
Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak.

Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya.

Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih.

Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan mengeluarkan bau tertentu.





Jenis jenis pengubahsuaian yang perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada JPJ
Jika pengubahsuaian dan pemasangan alat kelengkapan tambahan boleh mengakibatkan perubahan besar kepada rupa bentuk, ukuran, kestabilan dan keselamatan serta ciri-ciri asal kenderaan motor tersebut, kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari pihak JPJ.
Contohnya:-
  • Pengubahsuaian ke atas rangka dan rangkaiannya atau rangka monocoque sebuah kenderaan bermotor.
  • Pengubahan ke atas bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan.
  • Pengubahan dari kereta saloon kepada kereta convertible.
  • Pengubahan ke atas sistem bahanapi.
  • Pengubahan ke atas sistem brek.
  • Pengubahan ke atas sistem steering.
  • Pengubahan ke atas bes roda kenderaan.
  • Penggunaan badan fibreglass bagi menggantikan badan keluli.
  • Penukaran enjin.
  • Pemasangan Sunroof di atas bumbung
Untuk pengubahsuaian di atas atau yang sama dengannya, permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-
Pengarah,
Bahagian Kejuruteraan Automotif,
Jabatan Pengangkutan Jalan,
Aras 2, Blok D4, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62620 Putrajaya
Perkara-perkara yang perlu disertakan bersama permohonan, antaranya ialah:-
  • Pelan lukisan yang lengkap yang menunjukkan dengan terperinci tentang ubahsuaian yang dibuat termasuk ukurannya dan langkah-langkah yang diikuti. Spesifikasi teknikal berkaitan dengan pengubahan.
  • Di mana perlu sijil atau surat pengesahan daripada Jurutera Profesional (Kejuruteraan Jentera/Automobil) yang menyatakan dan mengesahkan bahawa rekabentuk dan pengubahsuaian yang akan dilakukan ke atas kenderaan adalah stabil dan selamat digunakan.
  • Butir-butir berkaitan dengan kenderaan yang hendak diubahsuai.
Sebarang pengubahsuaian yang boleh menjejaskan kestabilan kenderaan atau yang akan menyebabkan kenderaan merbahaya apabila digunakan di jalanraya tidak akan dibenarkan.






Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol
minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum
dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK
BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita,
periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira
kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta
mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek
kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak
sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa
kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek
drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau
apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian,
minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana
kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek
kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul
spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang
mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan
berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta
berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan
minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan
mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta
mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak
menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum
kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang
pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang
berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku
kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek
dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal
pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus
daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda
lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih
saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika
Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz
rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan
kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua
peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.


KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Prhatikan di bahagian tepi
tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke
permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita
maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).


Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut
piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun
selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan
rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi
tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50
peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16
inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240
km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.


KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import.
Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan
apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih
pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar
depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan
ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya
kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat
berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Panduan Masa Nak Beli Kereta 2nd Hand


kereta lama dah siap bikin

Panduan Masa Nak Beli Kereta 2nd Hand
1. Luaran : cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free. Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).

2. Dalaman :
Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang. Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujian ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.

3
. Injin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, veli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hotam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih.
Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin). Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama. Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar. Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian.
Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan (rujuk tip saya mengenai kereta kena banjir). Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

4. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left. Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment. Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise . Kalau ada problem!!! komponen ini akan bernyi tok tok tok .... Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti. Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.

5. Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.

cinta sejati

CINTA SEJATI       
 cinta..
adalah ketika kau mnitiskan air mata..
di msa kau msih peduli trhdapnya..
  cinta..
 adlah ktika kau x pdulikan dia..
ttapi kau msih mnantinya dgn stia..
    cinta..
adlah ketika dia mula mncntai org lain dan kau
msih bleh trsnyum smbil brkata “aq trut bhagia utk kau”
apbila cntamu x brhsil, bbasknlah drimu
biarkan aty mu kmbali mlebarkn syapnya & trbang kea alam bbas
   ingtlah...!!!
kau mngkin temukan cnta & khilngannya..
tpi di saat cnta itu mati..
kau x prlu mati brsmanya..
org yg kuat bkanlah org yg slalu mnang dlm sgala hal..
ttpi mreka ttap tegar ketika mreka jtuh..
entah bgaimna, dlm khdupanmu..
kau akan blajar tntang drimu sndri7 suatu saat kau akan sedar..
bhawa pnyeslan x spatutnya ada dlm dri kau..
hnya pnghrgaan abadi ats plihan khdupan yg tlah kau buat..
yg shrusnya ada dlm hdup kau.
dlm soal cinta, kita jrang mnang..
tpi bila cnta itu tlus..
mskipun mngkin kau akan klah..
ttapi sbnarnya kau akan mnang krna kau dpt brbhgia..
bila kau dpt mncntai sseorg..
lbeh dri kau mncntai dri kau..
akan tiba msanya kau akan brhnti mncntai sseorg..
bkn krna org itu brhnti mncntai kau..
@ krna dia x pdulikan kau..
Mlainkan saat kau sdar bhawa org itu..
Akan lbih bhgia apbila kau mlpsknnya..
Tpi bila kau btul2 mncntai sseorg..
Jgn mudah mlpaskannya..
Dan brjuanglah demi cntamu..

Sabtu, 9 April 2011

bosan giler

setiap kali cuti ahad je kadang-kadang aku jadi bosan giler..nasib bek x giler aku di tempat kejadian...
  ade sesetengah org ckp cuti hari ahad ni menyeronokkan tp bagi aku cuti ahad ni kadang-kadang je meyeronokkan..tau sebab ape? sebab tak boleh buat urusan pejabat,tak boleh submit dokumen,tak boleh buat urusan bank la..senang kate semua la urusan pejabat tak boleh nak buat..

    tapi ape yang bestnye ari ahad ni la hari boleh  bangun tido lambat,pergi dating (kalau ade awek la),pergi mane tempat ade aktiviti (ade function la) mesti ramai org..
    hari ahad ade member aku cakap hari orang musim mengawan..yela banyak majlis kawen dan dapat makan free,dapat karoke free,dapat bunga telur free..semuanye berlaku kebanyakkan hari ahad..
   tapi tu pun kalau hari ahad tu dah plan aktiviti cantik punye la..kalau tak de cam aku hari ni la..adui bosan giler..

pada aku yang paling tak best lagi hari ni ialah kena standby kerja trobleshoot..lak tu lak tak boleh nak wat pape aktiviti yang boleh lepaskan diri dari kerja..bukan pe kalau nga sedap tengok wayang jap lagi call kena pergi sini ade masalah..kalau tak ade dok je la termenung sampai malam pikir mase depan kat bilik belakang..kena lak aku sekarang tengah berkurung dalam bilik tak buat pape yang seronok..ape dapat buat cume update blog ni sambil dengar radio xfm sorang-sorang dalam bilik..nasib la ade radia yang sentiasa tak reti penat menyanyi untuk aku dari malam semalam...
bosan giler!!

ape la aku nak buat hari ni ek...adui tepu la dok uma tampa buat ape-ape yang berfaedah..lak tu duit tak masuk lak tu...kan best ek dok uma biase je dapat duit berkoyan-koyan..(dah start berangan dah ni)..pada sape-sape yang boleh bagi cadangan ape kite nak wat bile bosan-bosan macam ni?..aku dah tak tau nak buat ape dah...kusut + lapo+berangan=nak sambung tido....

Jumaat, 8 April 2011

kerja yang tak senonoh

kerja makan gaji biasenye kite tak selalu pikir macam bos kite pikir kn..ape kite tau ialah kerja enjoy cukup bulan duit masuk..jadi oleh kerana tu la cite ni aku nak kongsi dengan korang kerja-kerja yang buat aku tergelak sampai bawak ke tido..tido dalam iman la katekan...hehe

muke seyes walaupun pakai tanduk

tetap cover seyes beliau ni

muke cover gelak
aku mase ni tak perasan pun die ni pakai benda alah tu..tau2 je toleh nampak die dengan muke serius die pakai benda tu cam takde pape yang berlaku..last-last gelak gak..mase cover gelak tu la aku memang tak boleh handle cam nak simbah je die ngan air paip kat die..ketawa tak behenti aku...siot la taiko ni!..adoiyai..hehe


apelah suke sangat si mat kat situ
ni pun sorang lagi boleh nak diketogori kan sebagai manusia gile gak la..dah la mencangkung kt tempat compressor air cond tetap nak posing2..nak tau ape die suke sangat?





ni la sebabnye die suke sangat



si mat pun same gak pakai tanduk tu...adoi..ade je dapat dak ni benda ni..dah la dengan mengcangkung kt atas tu pakai lak tanduk tu siap posing memang ntapape la budak2 ni..dah bertambah gelak aku tak nak berenti..







posing cover album ni..haha

pas tu pulak aku toleh belah sini boleh pulak die wat muke ni..makin galak la aku gelak nk terguling2...nasib paking kat tempat tinggi yang tak boleh guling2..dengan tanduk beliau tu yang cam taknak bukak tu kalau masuk pertandingan ratu cantik boleh menang tak?

berasap dulu geng!






korang nampak cam betul kan org pakai topi tu cam enjoy je org bagi die rokok..nk tau sebenarnye org pakai topi tu patung gambar je..tp hepi2 cam betul2 depan mate kn..tp ni memang lawak gile yang wt aku ketawa tak henggat dunia..hahaha





hahaha..memang smart habis la!..
korang mesti tertanye ape pasal la budak due ekor ni yang tibe2 cam ni..haa..kalau nak tau ni la maknenye tak ade kerja bile dalam keta pakai macam ni..sepanjang perjalanan pakai macam ni org len kat jalan raye tu dok perhati perangai tak senonoh dieorg ni...yang paling best siap hantar kat member len MMS nak tunjukkan betapa gilenye kiteorg yang ntapape ni..memang aku gelak macam nak gile la time ni..hahaha..adoi..

tak kire dimana jua berada
tengok la cam ni pun jadi tertido sampai tak kire di mana jua berada..

kat tempat mane dah ko mimpi ni

yang sorang lagi pun nak gak interframe masuk dalam pic ni..lak tu posing dengan muke sedih tunggu member bangun cam tak nak bangun tu...hehehe




isi gas aircond kereta
biase orang kat tepi jalan isik minyak ke kan..kadang ade gak angin,tukar tayar tak pun bukak bonet check(buat2 macam pandai check enjin biasenye)..ni the very 1st time korang nampak orang isi gak aircond kereta tepi jalan tau..haa!! jangan terkejut lak nampak perkara ni akan datang..hehe

bersantai

jangan ingat org pempuan je boleh wat cam ni tau..mamat sekor ni wat selambe je dalam keta..orang cakap tido tengah ari kan mata rabak kn..so nak elak mate rabak (takot kantoi ngan bos) kite kena gak skali skala amal kan gaya cam ni..tu pun jika opis korang ade menternak timun untuk mate...tak pun kalau takde korang beli nasi ayam korang ambik je la timun die wat letak kat mate cam ni...hehe

Rabu, 6 April 2011

waktu kerja

assalammualaikum pada para pembace dan pemkomen...hehe

kali ni saje aku nk kongsi suasana kerje aku yg bg korang mungkin biase2 je tp bg aku ianye best!..tp nak wat cam ne aku tak lame kt tempat tu..tp pape pun tenkiu la sangat2 pada sape2 yg telah buatkan hidup aku berwarna warni (macam-macam kaler ade..hehe)


macha ngan pak gad tesco
 pada malam tu kiteord budak2 maintenance ni kurang kerja la (bukan xnk wat kerja ea),aku ngan nitish yang aku panggil macha ni satu2 nye dak india dalam team kiteorg..yang macha ni pulak wlaupn ckp die aku kadang2 tak paham tp aku seronok melayan die..dan pic ni lak mase malam dah nk balik aku g kat 1 parking kereta tu aku rase ape pasal la ade nmpk dak botak dok tido kt 1 sudut tu..aku ingat sape la kn skali rupe-rupenye pak gad dok ngular tido kt situ..kiteorg pun ape lagi trus lah g sergah pak wan tu..bukan men terkejut mengalahkn beruk mase tu..paling lawak tngk die kelam kabut menjawab walkie talkie die..ape la si macha g sakat pak wan tu..hehe

ex team leader sivam ngan bang nik
 



ape kabor la si sivam tu ek..die wlaupn team leader tp bile wat kerja prisip die lak "leader is leader but work we r team"..bgus die ni wt kerja cam ne berat pun xde hal..dan aku ni lak bawah die sikit je jd bezanye die bnyk jaga paper work dan monitor housekeeping..aku lak handle kerja je sebab tu baju aku ngan sivam same..
  dan bang nik ni pulak aku memang respek gile kt die sebab die mmg best memang terbaik dan org paling lawak..sebab tu aku selalu ketawa bile 1 shif dgn bang nik..bang nik ni org terengganu jd slank ganu die mmg jelas pekat,lagi2 bile die wat lawak ngan muke x senonoh die..hehe

macam dak skolah pulak
  bile kat opis ni la benda yang betul2 membuatkan aku mengantuk gile kat opis..jd kadang-kadang bile tak tahan sangat terhanyut gak la aku tertido kt buku log tu (nasib tak de air liur basi)..tp aku pun tak berape kerap sangat wt kerja ni..yang rajin budak2 baru je terutama si macha sebab takut kena mara ngan sivam (sivam tak berani marah aku...hehe)..yela kalau aku repair takde ataupun kerja2 maintenance routine dah setel benda paling mengantukkan ni la yang wt aku nk balik time tu gak...tp yang bestnye benda tu je yang dapat selamatkan kiteorg dari tibe-tibe kena ambush ngan big bos store..sebab org selalu mengagap maintenance ni keja tido je jd selalu la store general manager slalu attack..


pasang bonggol tengah malam

  mase ni kesian budak2 ni kena mara ngan si sivam sebab tak pasang bende alah tu..yang dok mencangkung tu member sekampung aku. name die khairul,die ni memang sempoi tapi pemalu gile ngan pempuan..(aku pun pemalu gak ngan pempuan)..tiap-tiap hari jalan kat mall tunjuk awek tu cantik la,awek tu cun la tapi ble aku panggil die secara automatik jadi patung lilin..hehe
  yang cangkung kt belah belakang tu macha yang sentiasa rajin wayang bile ade sivam ni..korang nampak macha tak jelas kan?..yela sebab malam kn..hehe..
  tau kenape kiteorg wat keja ni malam2?..sebab kalau wt siang2 arwah la kiteorng kne langgar lari ngan org yang agak macam mintak penampo tu..

gile soya

banyak tak tin soya? tau sape yang punye? tau sape yang minum? tau sape yang abiskan?..
semua jawapan ialah aku...hahaha!!..
aku ni memang gile soya sikit..aku tak tau la ape pasal aku tak boleh kawal bile minum soya..yang bang nik ni dah biase sangat dah ngan peel aku..klu tak makan aku minum soya banyak cam ni..klu kt food court lak aku beli soya kdg2 sampai 5,6 kali sehari..tu klu aku tak makan la..

skema abis!



aku tak berape suke sangat pakai spek ni sebab nmpak skema gile la..cam tak kena ngan jiwe rock aku ni bile pakai spek..tapi kalau pempuan pakai spek aku suke..hehe (walaupun jiwe rock tp dalam ati ade skema..hahaha!!)


kerol a.k.a EG
   nampak seram tak?..ha korang jangan tertipu lak ni bukan kt oversea ea tp kt dalam cold room je (aisbok beso)..masuk dalam ni pun kena pakai sweater cam nak pegi kazakhtan je tau..bukan men sejuk padahal nak tukar mentol je tp die pnye pakai cam ape sampai abis beku telinga aku..masuk sehat kuar je berhingus!..hish! ape la..hehe



gud nite at 11am..hehe

   gambar ni dieorg wat kantoi je..aku dah tak boleh hendle ngatuk akhirnye tido gak dan yang paling tak best ialah sape la dok ambik pic aku ni siap wat wall paper g..dapat org nye aku karen kan die!..


muke penat bile nampak rosak cam tu

mase ni la aku paling mara ngan dak2 yang jage roller shuter tu..tengok la sampai jadi cam sampah di buatnye..bang nik pun lum sentuh lagi dah nak menangis fikir nasib die nak balik cepat sebab bini dah masak sedap-sedap..yela org yang rosakkan dah buat langkah seribu..dapat org nye sorg lagi aku karenkan!...hahaha..(jahat gak aku)

safety first

   yang ni bang yasin..die ni supervisor housekeeping yg agak super sebab boleh kerja seminggu tak balik-balik rumah sampai bini datang suruh balik...bang yasin ni memang tak senonoh..jenis ntapapentah yang best la kalau di layan..mase ni buggy tu aku baru repair jd aku suruh die test drive biase2 je ni die g bawak sampai ke trafic light sane..adoi!..nasib takde polis kalau tak masak aku kena...hehe


welding chef

yang ni member baik aku yang banyak tolong aku..klu nak aku balas budi die memang tak terbalas la sebab die memang banyak tolong aku dan juge seorg pendengar yang baik..name die aku panggil pepeng die ni memang sempoi,selambe dan heppenig gile la..die tak kesah nak tolong org sampai tak kisah siapkan kerje welding aku..penah korang nampak chef wat welding?..kini anda telah saksikan!...hahaha


hehe..siapakah itu?
wah macam ku kenal mamat tu...yang ni aku tak mau tulis banyak-banyak sebab korang dah tu apekah maknanye kan..hehe

ok pada yang dah membace sampai abis cerita yang tak berape best sngt tp yang cambest ni sile le komen...hehe